Open top menu
#htmlcaption1 SEA DICAT POSIDONIUM EX GRAECE URBANITAS SED INTEGER CONVALLIS LOREM IN ODIO POSUERE RHONCUS DONEC Stay Connected
Sunday, February 2, 2014
no image

Macam mana nak capai kejayaan dengan emas dan perak?
Jawapannya ialah :

1. Amalkan kaedah simpanan secara konsisten

2. Amalkan jual beli bila ada permintaan dan penawaran serta keuntungan

3. Amalkan tabiat suka menimba ilmu emas dan perak dan sebarkan kepada semua org dengan seramai mungkin yang boleh

Hasilnya : Insyaallah berjaya!

Sekali tak berjaya, 2 kali tak berjaya, 3 kali tak berjaya, tak bermakna tak akan berjaya sampai bila².. 

Betul betul?
Read more
Wednesday, September 4, 2013
no image

Simpanan dalam bentuk EMAS semakin digalakkan. Bukan saya yang cakap kerana saya jual emas, tetapi cuba anda lihat BANK-BANK sekarang ni masing-masing menawarkan Simpanan Dalam Bentuk Emas. Dipelopori oleh MAYBANK, Public Bank, CIMB, Kuwait Finance dan kebanyakan bank tempat kita simpan duit kertas ni mula menawarkan Simpanan EMAS.

Kenapa? Bukan sahaja kerana Kelebihan EMAS itu sendiri tetapi kerana EKONOMI sekarang ini yang tidak menentu dan matawang akan mengalami kejatuhan yang secara tiba-tiba. Macamana kita alami kejatuhan matawang ni? Bila mana duit yang kita ada tak cukup untuk beli apa yang kita perlukan dek kerana BARANG NAIK HARGA, maknanya duit kita semakin mengecillah nilainya.

EMAS ni dengan bahasa mudah nya , NILAI nya Hidup, simpan selama mana dari generasi ke generasi akan sentiasa berharga dan naik harga. Samalah macam HARTANAH- tanah dan Rumah.. cumanya tanah rumah orang-orang macam kita ni tak mampu nak beli CASH sebab harganya RATUSAN RIBU, tak 'mobile', xboleh dibawa ke hulu ke hilir, susah nak serah2 pada anak cucu. EMAS ni
mudah, kalu beli EMAS FIZIKAL lagi mudah dari BUKU SIMPANAN sebab mobile, boleh gadai bila nak pakai duit, boleh jual sedikit-sedikit (kelebihan beli saiz yg kecil2).

Rugi kalu tak beli emas ni sekarang.. Cuba bayangkan kerugian anda 10-15 tahun lagi sepertimana kita bayangkan BEST nya kalu emak ayah kita dulu dah belikan EMAS untuk kita banyak2 dulu, fuhh.. mesti kita dah kayooo.. sekarang ...
Read more
Sunday, September 1, 2013
no image

Untuk semua jenis pelaburan, ilmu pengetahuan adalah elemen yang penting untuk kita membuat keputusan bagi memilih pelaburan mana yang terbaik. Seorang jutawan boleh jadi papa kedana andaikata silap membuat pelaburan dan begitulah sebaliknya.

Bagi kebanyakan orang sepertimana saya, pelaburan AMANAH menjadi pilihan kerana berisiko rendah dan kita tidak perlu memberikan tumpuan untuk urusniaga seperti saham di Bursa ataupun Forex. Namun, dengan inflasi, kenaikan harga barangan, pulangan Unit Amanah semakin merosot dari semasa ke semasa.  Sekiranya kita mempunyai nilai simpanan AMANAH yang bernilai RM10,000 pada masa ini, apakah nilainya jika dibandingkan dengan 20 tahun akan datang?


Kelebihan Emas sebagai Pelaburan:

1. Boleh digadai sekiranya memerlukan duit dan kenaikan nilai kekal. Bagi Unit Amanah apabila duit dikeluarkan kenaikan nilai akan berubah kerana tempoh masa berkurangan.

2. Kenaikan harga walaupun sekadar anggaran adalah lebih tinggi berbanding dengan pelaburan yang lain.


3. Tiada risiko susut nilai kerana emas sentiasa naik harga cuma perlu menjaga keselamatan dari kecurian.


4. Nilaian emas adalah mengikut pasaran dunia berbanding dengan simpanan wang yang turut bergantung kepada kestabilan ekonomi, politik serta sosial sesebuah negara. Jutawan minyak pun bila negara dia berperang duit dia tu sudah tidak ada nilai. Sama juga apabila sesebuah negara dilanda bencana alam yang menggugat kestabilan ekonomi. Keamanan, kestabilan sesebuah negara tidak dapat diramal . Matawang buatan Manusia tiada yang kekal. Namun EMAS dan PERAK sudah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. EMAS kekal bergantung pada BERAT dan KEJITUAN/KEPADATAN nya tidak kira di negara mana kita berada pada langkau masa mana sekalipun. Selagi Hari Belum Kiamat.

Read more